Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi dessert. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 05, 2016

Resepi Salted Caramel Sauce.

Assalamualaikum.. baru siap buat sos caramel sebab x cukup nak topping atas brownies. Hehe. So sempatlah snap step by step cara2 nak buat dia. Senang je.. kejap je dah siap. Rasa dia tersangatlah sedappppp. Sama macam choclair cadbury tu. Bezanya, ini adalah homemade. Tiada yg terbaik melainkan homemade. Betul tak?? Heeeee




Inilah bahan2nya :
1 cawan gula halus
100gm butter (saya guna jenama Butterlite)
1/2 cawan whipping cream (sebarang jenama. Saya guna jenama Vivo)
1 sdk esen vanilla
(Resepi  asal x letak esen vanilla n letak 1 sdk garam halus. Tapi butter pun dah ckup masin, so saya just tambah sikit lagi butter dari resepi asal. Esen vanilla menambahkan lagi rasa yg lebih ummpphhh)

Step 1
Cairkan gula halus didalam periuk/kuali/sauce pan sehingga tidak berkristal n berwarna perang keemasan.
Jaga2 api masa masak ye. Jangan sampai gula jadi hangus lak. Nanti jadi pahit. X sedap.
Saya syorkan gunakan sudip kayu utk mengacau sebab gula x berapa nak lekat kat sudip n memudahkan kerja.

Step 2
Bila gula dah jadi cair sepenuhnya n kaler pun dah jadi perang cantik, masukkan butter perlahan2.
Kalau dimasak menggunakan api yg perlahan, proses akan menjadi lebih mudah. Gula caramel xkan meletup2 n mengundang bahaya kpd kita.

Step 3
Tunggu butter dah cair sepenuhnya, barulah masukkan esen vanilla n cream.
Kacau perlahan2 sehingga semua larut n sebati.
Beginilah rupa caramel yg dah siap sepenuhnya. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan.
Maklumlah, lampu dapur romantik sikit. Huhu

Dah siap, bagi dia bertenang sekejap n boleh la pindahkan kedalam bekas. Boleh gunakan apa saja bekas. Xde masalah. Macam saya gunakan squeeze bottle ni sebab senang nak apply caramel atas brownies.

Contoh caramel yg diletak atas brownies sebagai topping. Comot2 sebab nak cepat. Hehe.
Caramel ni bersifat cair kalau dia masih panas.
Jadi, sebelum digunakan sebagai topping atau nak makan begitu saja, simpan dulu bekas caramel dalam fridge supaya dia menjadi agak pekat n senang nak apply kat permukaan dessert.

Kalau dah lama duk dalam fridge, mesti caramel menjadi terlalu pekat kan?
So, bawak keluar bekas n rendam sekejap kat dalam mangkuk berisi air panas biasa.
Agak2 dah lembut (bukan cair), boleh la digunakan dgn selamat. Hehehe

Semoga penerangan saya dpat difahami ye. Selamat mencuba. ^ ^

Sabtu, Januari 30, 2016

Chewy Gooey Almond Brownies.. yummyyyyy


Assalamualaikum... Selamat pagi.. 1st entry pasal makanan untuk tahun baru ni.. weee
Buat brownies ni malam tadi. Nak hantar kat butik vendor di Kuantan.
Resepi baru, rasa baru, harga pun baru. Hehehe.
Setakat ni saya berpuas hati dgn rasa dia. Ditambah pulak dgn rasa chewy gooey dia. Memang almost perfect lah.. hehe
Tapi x taw lagi camne penerimaan umum. Harap2 ada lah rezki utk saya. InsyaAllah.





Baiklah, ada permintaan dari seorang rakan yg nakkan resepi brownies ni. So hari ni saya ambik masa sikit utk share resepi yg saya ubah n gubah dari pelbagai resepi orang lain yg saya google, baik resepi tempatan mahupun luar negara n juga sharing dari rakan baik saya.

Mana2 resepi pun lebih kurang je sebenarnya. Tapi perangai saya, memang x suka sama dgn orang lain. Suka ada keunikan sendiri. Saya suka kaedah yg x terlalu rumit n x banyak kerenah tapi hasilnya menjadi seperti yg sepatutnya.. Harap xde yg kecam saya ye.. peace.

Resepi seperti berikut :

~CHOOWY GOOEY ALMOND BROWNIES~

Bahan2 :

300 gm coklat masakan
125 gm butter
1 cawan gula perang (boleh kurangkn kalu x suka manis sgt)
3 biji telur gred B ( 4-5 biji telur gred C/D)
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sdk baking powder
1 sdk esen vanilla
1/4 cawan almond nib
Bahan extra spt choc chip, walnut, boleh tambah sendiri ikut citarasa.

Peralatan :

Oven
Loyang 10" ×10"
*Kalau nak brownies yg tinggi, boleh guna loyang 8"x8"
Kertas parchment
Spatula atau senduk kayu

Cara2 :

- Cairkan coklat masakan n butter dgn kaedah double boil.

- apabila sudah cair sepenuhnya, masukkan gula n esen vanilla. Kacau rata.

- Kemudian, masukkan pula telur satu persatu n gaul lg hingga sebati. Jangan kacau beria sangat ye. Nak bg gaul sebati je, xnak bg jadi kembang.

- Lepas tu boleh la masukkan tepung n baking powder yg telah diayak.

- Boleh tambah almond nib masa ni atau ditabur atas adunan nanti.

- Dah siap bancuh, boleh la tuang adunan ke dalam loyang saiz 10" × 10" yg dialas dgn parchment paper.

- Bakar dgn suhu 170°c selama 30 - 35 minit. Pastikan oven dipanaskan dulu ye dgn suhu yg sama selama 10 minit sebelum adunan dibakar.

- Dah siap masak, boleh la sejukkan dulu sebelum dimakan.. voilaaaaa

Resepi simple tp sedap meletoppp.. Selamat mencuba ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š