Buat brownies ni malam tadi. Nak hantar kat butik vendor di Kuantan.
Resepi baru, rasa baru, harga pun baru. Hehehe.
Setakat ni saya berpuas hati dgn rasa dia. Ditambah pulak dgn rasa chewy gooey dia. Memang almost perfect lah.. hehe
Tapi x taw lagi camne penerimaan umum. Harap2 ada lah rezki utk saya. InsyaAllah.
Baiklah, ada permintaan dari seorang rakan yg nakkan resepi brownies ni. So hari ni saya ambik masa sikit utk share resepi yg saya ubah n gubah dari pelbagai resepi orang lain yg saya google, baik resepi tempatan mahupun luar negara n juga sharing dari rakan baik saya.
Mana2 resepi pun lebih kurang je sebenarnya. Tapi perangai saya, memang x suka sama dgn orang lain. Suka ada keunikan sendiri. Saya suka kaedah yg x terlalu rumit n x banyak kerenah tapi hasilnya menjadi seperti yg sepatutnya.. Harap xde yg kecam saya ye.. peace.
Resepi seperti berikut :
~CHOOWY GOOEY ALMOND BROWNIES~
Bahan2 :
300 gm coklat masakan
125 gm butter
1 cawan gula perang (boleh kurangkn kalu x suka manis sgt)
3 biji telur gred B ( 4-5 biji telur gred C/D)
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sdk baking powder
1 sdk esen vanilla
1/4 cawan almond nib
Bahan extra spt choc chip, walnut, boleh tambah sendiri ikut citarasa.
Peralatan :
Oven
Loyang 10" ×10"
*Kalau nak brownies yg tinggi, boleh guna loyang 8"x8"
Kertas parchment
Spatula atau senduk kayu
Cara2 :
- Cairkan coklat masakan n butter dgn kaedah double boil.
- apabila sudah cair sepenuhnya, masukkan gula n esen vanilla. Kacau rata.
- Kemudian, masukkan pula telur satu persatu n gaul lg hingga sebati. Jangan kacau beria sangat ye. Nak bg gaul sebati je, xnak bg jadi kembang.
- Lepas tu boleh la masukkan tepung n baking powder yg telah diayak.
- Boleh tambah almond nib masa ni atau ditabur atas adunan nanti.
- Dah siap bancuh, boleh la tuang adunan ke dalam loyang saiz 10" × 10" yg dialas dgn parchment paper.
- Bakar dgn suhu 170°c selama 30 - 35 minit. Pastikan oven dipanaskan dulu ye dgn suhu yg sama selama 10 minit sebelum adunan dibakar.
- Dah siap masak, boleh la sejukkan dulu sebelum dimakan.. voilaaaaa
Resepi simple tp sedap meletoppp.. Selamat mencuba 😊😊😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan