Assalamualaikum.. baru siap buat sos caramel sebab x cukup nak topping atas brownies. Hehe. So sempatlah snap step by step cara2 nak buat dia. Senang je.. kejap je dah siap. Rasa dia tersangatlah sedappppp. Sama macam choclair cadbury tu. Bezanya, ini adalah homemade. Tiada yg terbaik melainkan homemade. Betul tak?? Heeeee
|
Inilah bahan2nya :
1 cawan gula halus
100gm butter (saya guna jenama Butterlite)
1/2 cawan whipping cream (sebarang jenama. Saya guna jenama Vivo)
1 sdk esen vanilla (Resepi asal x letak esen vanilla n letak 1 sdk garam halus. Tapi butter pun dah ckup masin, so saya just tambah sikit lagi butter dari resepi asal. Esen vanilla menambahkan lagi rasa yg lebih ummpphhh) |
|
Step 1
Cairkan gula halus didalam periuk/kuali/sauce pan sehingga tidak berkristal n berwarna perang keemasan.
Jaga2 api masa masak ye. Jangan sampai gula jadi hangus lak. Nanti jadi pahit. X sedap.
Saya syorkan gunakan sudip kayu utk mengacau sebab gula x berapa nak lekat kat sudip n memudahkan kerja. |
|
Step 2
Bila gula dah jadi cair sepenuhnya n kaler pun dah jadi perang cantik, masukkan butter perlahan2.
Kalau dimasak menggunakan api yg perlahan, proses akan menjadi lebih mudah. Gula caramel xkan meletup2 n mengundang bahaya kpd kita. |
|
Step 3
Tunggu butter dah cair sepenuhnya, barulah masukkan esen vanilla n cream.
Kacau perlahan2 sehingga semua larut n sebati. |
|
Beginilah rupa caramel yg dah siap sepenuhnya. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan.
Maklumlah, lampu dapur romantik sikit. Huhu |
|
Dah siap, bagi dia bertenang sekejap n boleh la pindahkan kedalam bekas. Boleh gunakan apa saja bekas. Xde masalah. Macam saya gunakan squeeze bottle ni sebab senang nak apply caramel atas brownies. |
|
Contoh caramel yg diletak atas brownies sebagai topping. Comot2 sebab nak cepat. Hehe.
Caramel ni bersifat cair kalau dia masih panas.
Jadi, sebelum digunakan sebagai topping atau nak makan begitu saja, simpan dulu bekas caramel dalam fridge supaya dia menjadi agak pekat n senang nak apply kat permukaan dessert.
Kalau dah lama duk dalam fridge, mesti caramel menjadi terlalu pekat kan?
So, bawak keluar bekas n rendam sekejap kat dalam mangkuk berisi air panas biasa.
Agak2 dah lembut (bukan cair), boleh la digunakan dgn selamat. Hehehe
Semoga penerangan saya dpat difahami ye. Selamat mencuba. ^ ^ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan