Pages

Isnin, April 11, 2016

Kek Tiramisu utk besdayboy

My besdayboy a.k.a anak bongsu saya. Sayang Hadiid ketat2. ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜

Homemade besday cake. Comot2 tp bangga dapat buat sendiri kek utk family. 

Apa ada pada rupa bila rasa dapat menandinginya lebih dr jangkauan. Cewahhh
Ada yg minat nak try?? Meh saya share resepi.
Resepi ni saya ambil dr website bbc.co.uk. Ikut resepi asal, saiz kek ni kecik je. Tapi saya ubah utk dapatkan saiz kek 8".

Untuk SPONGE CAKE :

Sedikit butter utk greasing
8 biji telur gred C /D (guna 6 biji shj utk telur gred A/B)
200 gm /3.5 oz gula caster
200 gm /3.5oz tepung naik sendiri, diayak. (saya guna jenama Blue Key)

*Bahagi adunan sama banyak dlm 2 loyang saiz 8".

Untuk FILLING & FROSTING :

1 sudu besar serbuk kopi segera (saya guna jenama Indo Cafe)
150 ml air panas mendidih (utk melarutkan serbuk kopi)

250 gm mascarpone cheese (saya guna cream cheese Tatura je sbb mascarpone jauh lebih mahal)
300 ml double cream / heavy whipping cream
3 sudu besar gula icing

Untuk deco :
Dark chocolate (diparut)
2 sudu besar serbuk koko

Peralatan :
2 loyang bulat saiz 8"
Parchment paper

Cara2 :

- Mula2, panaskan oven dlm suhu 170c selama 10 minit.

- Kemudian grease sedikit butter di kedua2 loyang saiz 8". Kemudian alas dgn parchment paper utk memudahkan kek keluar dr loyang lps bakar. Ketepikan.

-Pukul telur dan gula castor hingga kembang.

- Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.

- Masukkan adunan ke dalam loyang, kemudian bakar dlm suhu 170c selama 30 minit.

- Sementara tunggu kek masak, putar cream cheese + icing sugar + whipping cream sehingga kental.

- Larutkan serbuk kopi segera bersama air panas.

- Kek dah siap masak, sejukkan dulu sebelum kita sapu krim.

- Sebelum sapu krim, belah setiap kek menjadi 2 lapis. Dgn itu, kita akan ada 4 lapis kek nanti.

Cara mendeco kek step by step :

- Letak 1 lapis kek diatas papan kek. Sapu rata bancuhan kopi segera diatas kek. Kemudian sapu rata krim. Dah selesai, boleh la ayak serbuk koko memenuhi ruang atas krim.

- Ulang langkah tadi sampai lapisan ke 3.

- Utk lapisan ke 4 iaitu yg paling atas , letak selapis kek, sapu rata bancuhan kopi dan lepa seluruh kek dgn krim.

- Dah siap, boleh la ayak serbuk koko dan hias la ikut suka hati sendiri menggunakan dark chocolate yg dah diparut td. Hiasan lain, terpulang kpd citarasa masing2.

Dah siaappppp..

Notes : ada 1 bahan asal yg saya tak masukkan atas sebab saya beragama Islam. Tapi seriussss, rasa kek dr resepi ni memanggg marvelous walaupun guna bahan2 yg sangattt simple. Cubalah nanti ye. Tak faham, boleh tanya saya ye. tqsm .

Jumaat, Februari 05, 2016

Resepi Salted Caramel Sauce.

Assalamualaikum.. baru siap buat sos caramel sebab x cukup nak topping atas brownies. Hehe. So sempatlah snap step by step cara2 nak buat dia. Senang je.. kejap je dah siap. Rasa dia tersangatlah sedappppp. Sama macam choclair cadbury tu. Bezanya, ini adalah homemade. Tiada yg terbaik melainkan homemade. Betul tak?? Heeeee




Inilah bahan2nya :
1 cawan gula halus
100gm butter (saya guna jenama Butterlite)
1/2 cawan whipping cream (sebarang jenama. Saya guna jenama Vivo)
1 sdk esen vanilla
(Resepi  asal x letak esen vanilla n letak 1 sdk garam halus. Tapi butter pun dah ckup masin, so saya just tambah sikit lagi butter dari resepi asal. Esen vanilla menambahkan lagi rasa yg lebih ummpphhh)

Step 1
Cairkan gula halus didalam periuk/kuali/sauce pan sehingga tidak berkristal n berwarna perang keemasan.
Jaga2 api masa masak ye. Jangan sampai gula jadi hangus lak. Nanti jadi pahit. X sedap.
Saya syorkan gunakan sudip kayu utk mengacau sebab gula x berapa nak lekat kat sudip n memudahkan kerja.

Step 2
Bila gula dah jadi cair sepenuhnya n kaler pun dah jadi perang cantik, masukkan butter perlahan2.
Kalau dimasak menggunakan api yg perlahan, proses akan menjadi lebih mudah. Gula caramel xkan meletup2 n mengundang bahaya kpd kita.

Step 3
Tunggu butter dah cair sepenuhnya, barulah masukkan esen vanilla n cream.
Kacau perlahan2 sehingga semua larut n sebati.
Beginilah rupa caramel yg dah siap sepenuhnya. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan.
Maklumlah, lampu dapur romantik sikit. Huhu

Dah siap, bagi dia bertenang sekejap n boleh la pindahkan kedalam bekas. Boleh gunakan apa saja bekas. Xde masalah. Macam saya gunakan squeeze bottle ni sebab senang nak apply caramel atas brownies.

Contoh caramel yg diletak atas brownies sebagai topping. Comot2 sebab nak cepat. Hehe.
Caramel ni bersifat cair kalau dia masih panas.
Jadi, sebelum digunakan sebagai topping atau nak makan begitu saja, simpan dulu bekas caramel dalam fridge supaya dia menjadi agak pekat n senang nak apply kat permukaan dessert.

Kalau dah lama duk dalam fridge, mesti caramel menjadi terlalu pekat kan?
So, bawak keluar bekas n rendam sekejap kat dalam mangkuk berisi air panas biasa.
Agak2 dah lembut (bukan cair), boleh la digunakan dgn selamat. Hehehe

Semoga penerangan saya dpat difahami ye. Selamat mencuba. ^ ^

Isnin, Februari 01, 2016

Brownies with Salted Caramel Sauce pulak.

Brownies with salted caramel sauce.
RM 7.00 /pack



Assalamualaikum..
Semalam marathon baking brownies 2 loyang n kek red velvet 1 loyang . Alhamdulillah rezki hari minggu. Habis clear stock almond brownies jiran2 n customer beli. Terima kasihhhhh

Hari ni buat lagi brownies. Tapi kali ni xde almond. Try test buat sos caramel ikut resepi dari blog nama http://sallysbakingaddiction.com . Nak resepi ke?? Kemudian saya update ye.. heeeee

Brownies tu resepi yg sama gak. Cuma x payah letak almond je. Dah siap tu, boleh la hiaskan je caramel tu atas brownies.. done!!

Esok macam nak buat lagi brownies. Tapi pesen lain lah pulak. Jangan ada yg jemu udah le ye.. hehe


Sabtu, Januari 30, 2016

Chewy Gooey Almond Brownies.. yummyyyyy


Assalamualaikum... Selamat pagi.. 1st entry pasal makanan untuk tahun baru ni.. weee
Buat brownies ni malam tadi. Nak hantar kat butik vendor di Kuantan.
Resepi baru, rasa baru, harga pun baru. Hehehe.
Setakat ni saya berpuas hati dgn rasa dia. Ditambah pulak dgn rasa chewy gooey dia. Memang almost perfect lah.. hehe
Tapi x taw lagi camne penerimaan umum. Harap2 ada lah rezki utk saya. InsyaAllah.





Baiklah, ada permintaan dari seorang rakan yg nakkan resepi brownies ni. So hari ni saya ambik masa sikit utk share resepi yg saya ubah n gubah dari pelbagai resepi orang lain yg saya google, baik resepi tempatan mahupun luar negara n juga sharing dari rakan baik saya.

Mana2 resepi pun lebih kurang je sebenarnya. Tapi perangai saya, memang x suka sama dgn orang lain. Suka ada keunikan sendiri. Saya suka kaedah yg x terlalu rumit n x banyak kerenah tapi hasilnya menjadi seperti yg sepatutnya.. Harap xde yg kecam saya ye.. peace.

Resepi seperti berikut :

~CHOOWY GOOEY ALMOND BROWNIES~

Bahan2 :

300 gm coklat masakan
125 gm butter
1 cawan gula perang (boleh kurangkn kalu x suka manis sgt)
3 biji telur gred B ( 4-5 biji telur gred C/D)
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sdk baking powder
1 sdk esen vanilla
1/4 cawan almond nib
Bahan extra spt choc chip, walnut, boleh tambah sendiri ikut citarasa.

Peralatan :

Oven
Loyang 10" ×10"
*Kalau nak brownies yg tinggi, boleh guna loyang 8"x8"
Kertas parchment
Spatula atau senduk kayu

Cara2 :

- Cairkan coklat masakan n butter dgn kaedah double boil.

- apabila sudah cair sepenuhnya, masukkan gula n esen vanilla. Kacau rata.

- Kemudian, masukkan pula telur satu persatu n gaul lg hingga sebati. Jangan kacau beria sangat ye. Nak bg gaul sebati je, xnak bg jadi kembang.

- Lepas tu boleh la masukkan tepung n baking powder yg telah diayak.

- Boleh tambah almond nib masa ni atau ditabur atas adunan nanti.

- Dah siap bancuh, boleh la tuang adunan ke dalam loyang saiz 10" × 10" yg dialas dgn parchment paper.

- Bakar dgn suhu 170°c selama 30 - 35 minit. Pastikan oven dipanaskan dulu ye dgn suhu yg sama selama 10 minit sebelum adunan dibakar.

- Dah siap masak, boleh la sejukkan dulu sebelum dimakan.. voilaaaaa

Resepi simple tp sedap meletoppp.. Selamat mencuba ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Sabtu, Januari 16, 2016

Dapur Sempit Saya ❤❤❤









Assalamualaikum... Selamat pagi all.. Dah lama tak bukak n update blog. Ni pun terpaksa curi2 masa mengadap kjp.

Saja2 nak share dapur sempit saya ni. Simple je. Ala2 English Country kononnye.. hehe.

Tapi sedang memikirkan utk create 1 ruang utk membaking di area lain berhampiran  dapur. Mampukah??? Ngeee.. InsyaAllah akan cba merealisasikan plan murni saya tu dgn sedikit kerajinan.. hehehe.

Lps ni saya share pasal hasil airtangan saya plk ye.. Tungguuuuu